UJUDNYA JURANG PERBEZAAN KEKAYAAN ANTARA KAUM
SALAH SIAPA?
Sedia adakan bancian kekayaan
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
BENTONG 28 Mac 2010 - Kerajaan sedia mengadakan bancian komprehensif mengenai kekayaan semua kaum di negara ini dan seterusnya mematahkan dakwaan kononnya orang Melayu membolot segala-galanya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedia menimbang cadangan itu yang dilontarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad jika ia sesuai dilaksanakan.
"Saya menghargai pandangan beliau, ertinya kerajaan memandang berat cadangan tersebut dan sebenarnya data-data memang ada kerana kita membuat penilaian.
"Dalam bidang ekonomi umpamanya, peratusan (kekayaan) kaum diperoleh setiap tahun, tetapi dalam kes ini mungkin kita perlu sentiasa perbaharui data-data yang ada," katanya.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan data yang ada menunjukkan orang Melayu dan kaum bumiputera masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain terutama dalam penguasaan ekonomi.
"Dasar Ekonomi Baru (DEB) menyasarkan sekurang-kurangnya orang Melayu menguasai 30 peratus ekonomi, tetapi sampai hari ini sasaran tersebut gagal dicapai.
"Sedangkan penguasaan ekonomi bukan Melayu khususnya kaum Cina meningkat begitu ketara," jelasnya.
PERSOALANNYA:
Bilakah kerajaan hendak menunjukkan data-data yang ada itu supaya kami rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa, apa kaum, apa etnik sama ada Melayu, Cina, Tamil, Sikh, Malayalee, Melanau, Iban, Dusun, Murut, Bidayuh, Kedayan dan sebagainya dapat melihatnya dengan jelas secara hitam putih.
Dengan menunjukkan data itu, perangkaan itu yang kami percaya ianya sudah pun ada dalam simpanan kerajaan, ianya dapat menjelaskan segala-galanya tanpa sebarang keraguan dan dengan itu tidak lagi menjadi bahan tohmahan dan tuduhan yang tidak berasas.
Kami rakyat Malaysia percaya kerajaan tidak mempunyai apa-apa sebab untuk menyembunyikan data-data itu, melainkanlah kerajaan sememangnya menyembunyikan maklumat-maklumat itu, yang mana pendedahannya menyebabkan pemilikan harta oleh pemimpin-pemimpin UMNO, pemimpin-pemimpin MCA dan pemimpin-pemimpin MIC terdedah dan diketahui rakyat.
ULASAN;
Mengenai penyataan yang menyatakan bahawa data yang ada menunjukkan orang Melayu dan kaum bumiputera masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain terutama dalam penguasaan ekonomi. itu salah siapa? Bukankah rakyat telah memberikan amanah dan kepercayaan kepada BN untuk membentuk kerajaan, untuk suatu tempoh yang amat-amat panjang, lebih dari 50 tahun tetapi hasilnya jauh dari ...
Ianya bermakna berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan dasar-dasar itu oleh pemimpin-pemimpin besar, ketua-ketua parti BN untuk memperkayakan anak-anak Emas BN dan memperkayakan pemimpin-pemimpin BN.
Ianya bukan salah kaum-kaum bumiputera seperti Melayu, Melanau, Iban, Kadazan, Bidayuh, Dusun, Murut, Orang Hulu, Penan dan sebagainya. kerana gagal bersaing untuk menjayakan DEB itu Ianya juga bukan salah kaum-kaum bukan Melayu, bukan bumiputera yang menyebabkan bangsa Melayu dan kaum-kaum bumiputera yang lain ketinggalan dan gagal mencapai ekuiti kekayaan negara sebanyak 30 peratus. Sedangkan hakikatnya semua kaum, semua etnik dan semua bangsa dinegara ini telah pun memberi amanah dan kepercayaan kepada BN untuk melaksanakan dasar DEB itu.
Hakikatnya kami kalah, kerana kami rakyat pelbagai bangsa dinegara ini bukannya bersaing sesama sendiri tetapi terpaksa bersaing dengan pembesar-pembesar negara, pemegang tampuk kekuasaan negara, yang mana dengan segala kuasa yang ada padanya, pada mereka itu dapat memperuntukkan itu ini sesama mereka hasilnya rakyat biasa termasuklah ahli-ahli UMNO, ahli-ahli MCA dan ahli-ahli MIC makin lama makin miskin, makin susah!
Kepada sebahagian rakyat Malaysia, bukan Melayu, mereka menyangka DEB telah memberikan kesenangan kepada orang-orang Melayu dan menjadikan orang Melayu kaya-raya. Sedangkan mereka tidak sedar orang-orang Melayu, ahli-ahli UMNO sendiri pun tidak dapat apa-apa dengan pelaksanaan DEB, makin lama makin miskin, makin susah apatah lagi orang-orang PAS. Semakin hari semakin miskin, semakin terhimpit dengan tekanan hidup, tekanan inflasi, kenaikan tol, kenaikan harga minyak, gula, gandum. tariff elektrik dan sebagainya. Sama macam orang-orang bukan Melayu! Tidak ada bezanya kesusahan dan masalah yang dihadapinya. yang ada bezanya hanyalah nama kaum ! Itu sahaja. Kita rakyat tetap rakyat walau atas nama apa pun! Kesusahan dan masalah yang kita hadapi adalah sama!
Akibat salah tanggapan itu pelbagai tuntutan, makin banyak tuntutan dibuat oleh orang-orang bukan Melayu, MIC terutamanya untuk menghapuskan hak isitimewa orang-orang Melayu, penghapusan kuota untuk orang-orang Melayu dan sebagainya. Maka macm-macam program dibuatlah oleh BN untuk memenuhi tuntutan itu kononnya.
Tetapi hasilnya tetap sama. Langsung tiada perubahan! Almaklumlah nawaitunya, niatnya, objektifnya pelaksanaan program-program itu bukanlah untuk memenuhi tuntutan rakyat tetapi objektifnya, visinya, misinya adalah untuh menambahkan kekayaan pembesar-pembesar BN dan kelompok-kelompok yang sudah kaya. Hasilnya lahiralah sekelompok billionares dinegara kita. Makin kaya kelompok ini, makinlah susahnya kita! tak kira apa bangsa! semuanya sama sahaja!
Kegagalan BN sebagai kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat dari pelbagai bangsa dinegara ini melaksanakan dasar DEB itu menyebabkan jurang perbezaan kekayaan antara kaum semakin bertambah, semakin membesar dan semakin menimbulkan keresahan dan ketegangan antara kaum dengan setiap kaum dinegara ini saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya kegagalan pelaksanaan DEB bukanlah salah rakyat tetapi salah kerajaan lebih tepatnya adalah salah BN, kegagalan pelaksanaan DEB itu adalah kerana penyelewengan oleh pucuk pimpinan BN, pembesar-pembesar BN!
Jurang perbezaan kekayaan antara kaum semakin bertambah kerana kelompok yang dah kaya kebetulannya adalah bukan Melayu. Oleh kerana dasar BN adalah mengutamakan golongan kaya, maka sudah pastilah golongan ini makin lam makin kaya dan akibatnya jurang perbezaan kekayaan antara kaum semakin bertambah!
Sebenarnya bukan sahaja jurang perbezaan kekayaan antara kaum semakin bertambah, tetapi jurang perbezaan kekayaan antara kasta juga semakin bertambah. Iaitu golongan kelas pertengahan yang makan gaji dengan jawatan pengarah kebawah terus ketinggalan jauh ditinggalkan oleh kelompok taukeh-taukeh korporat dan bekas-bekas pegawai kerajaan yang bergelar dato-dato' dan Tan Sri-Tan Sri.
Jika golongan pertengahan pun sudah terasa jurang perbezaannya, maka apatah lagi kita rakyat kelas bawahan yang terdiri dari kalangan pegawai-pegawai biasa, kerani, pembantu tadbir, pembantu rendah am, tukang kebun, penyapu sampah, jururawat, amah hospital, tea lady, receptionist, chambers maid, waiter , pemandu lori, operator kilang dan sebagainya tentulah amat terasa sekali perbezaan jrang kekayaan itu. kalau dan termasuk dalam kalangan rakyat bukannya golongan pemimpin, maka tidak kira apa nama bangsa, Melayukah, Cinakah?, Keturunan Singkah, Ibankah, Malayalee kah, kadazan, dusun, bajau, murut dan sebagainya maka kesusahanlah yang akan dirasainya.
Dengan kata lain, kita rakyat Malaysia tidak kira Cina, Melayu atau pun India hanyalah diperalatkan, dijadikan alat oleh pemimpin-pemimpin besar BN untuk kepentingan mereka demi untuk mengujudkan golongan billionaires dinegara ini! Siapakah golongan billionaires ini? Boleh dikatakan mereka ini jadi billionaire kerana dasar keutamaan yang diberikan kepada mereka, sistem monopoli, dasar penswataan, pemberian keutamaan pemilikkan saham kepada bumiputera dan sebagainya.
Tetapi anehnya Bumiputera-bumi putera yang diberi keutamaan pemilikkan saham adalah hanya orang-orang yang terpilih dan bilangannya hanya beberapa orang sahaja dilingkungan pemegang kuasa kerajaan Malaysia. Beberapa nama bumiputera itu ialah Rafidah Aziz, Lim Keng Yaik, Samy Vellu, Ling Liong Sik , Vincent Tan, Ananda Krishnan, Ting Pek king dan lain-lain. Nama-nama bumiputera yang disebutkan itu hanyalah sekadar beberapa nama sahaja.
Ekonomi Bumiputera: Walhasil balik asal
not edited yet!
2010/04/30
SEKARANG ini, mana-mana pun Kunta Kinte pergi, Kunta Kinte dengar orang cakap pasal ekonomi. Itulah juga yang Kunta Kinte banyak dengar bila pergi tengok orang berkempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. Daripada yang sebesar-besar orang macam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sampailah kepada Cina tua yang jual petai, semua cakap pasal ekonomi.
Patutlah macam tu. Ekonomi tu sangat-sangatlah penting. Dari lahir sampai mati, manusia terikat dengan ekonomi. Tak kira sama ada kita ni berniaga besar atau pun hanya mencari rotan didalam hutan. Apa pasal macam itu? Sebabnya ialah kita ni sebagai manusia kita memerlukan makanan, pakaian dan perlindungan yang mana semuanya kena dibayar dengan duit.
Orang Greek dulu kala panggil kegiatan ini ‘oikonomia’ yang maksudkan pengurusan rumah tangga. Itulah ekonomi - pengurusan rumah tangga. Daripada pengurusan rumah tangga jadilah pengurusan kampung, mukim, daerah, negeri, negara dan dunia.
Di Malaysia kita ni, bila cakap pasal ekonomi, mahu tak mahu, kita kena cakap pasal agama, bangsa, kaum dan wilayah. Itulah keistimewaan yang Allah bagi kepada kita. Kita ada banyak agama, bangsa, suku kaum dan wilayah.
Jadi taraf ekonomi kita juga berbeza. Kita tak boleh hapuskan perbezaan ini dengan hanya buang identiti agama atau kaum. Bukan sebab apa, tapi kerana taraf ekonomi orang kita banyak berkait dengan agama, bangsa, suku kaum dan tempat dia tinggal.
Baru-baru ini Kunta Kinte bercakap dengan beberapa orang Melayu yang pandai berniaga dan yang tinggi pelajaran. Daripada mereka Kunta Kinte dengar Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) nak buat Konvensyen Usahawan Melayu bulan depan.
Baguslah, dah lama pun kita tak buat konvensyen atau kongres ekonomi. Kalau tak silap Kunta Kinte, Kongres Ekonomi Bumiputera yang terakhir pada awal 1990-an. Jadi eloklah satu konvensyen atau kongres baru dibuat.
Walaupun DPMM nak cakap pasal usahawan Melayu, Kunta Kinte rasa akhirnya kita akan balik cakap pasal ekonomi dan kedudukan orang Melayu dan kaum Bumiputera sebab kita adalah kaum majoriti di negara ini.
Tak payahlah Kunta Kinte ulang mengenai kedaifan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera berbanding kaum Cina dan India. Walaupun ada juga orang Cina dan India yang miskin, tapi yang paling ramai hidup susah adalah orang Melayu dan kaum Bumiputera lain.
Baru-baru ini seorang penyelidik Melayu yang sedang belajar di Eropah datang jumpa Kunta Kinte. Dia nak sahkan beberapa hal mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) lawan Model Ekonomi Baru (MEB).
Dia bagi tahu Kunta Kinte maklumat yang dia dapat dari sumber rasmi dalam negara dan sumber antarabangsa mengenai perbezaan ekonomi antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera, khasnya dengan orang Cina sangat luas.
Tapi Kunta Kinte bagi tahu dia, Kunta Kinte tidaklah terkejut sangat, pasal sejak DEB dilancar pada 1971, Kunta Kinte dah mula kaji perangkaan bersabit perbezaan antara kaum ini. Kunta Kinte tak terkejut sebaliknya sedih dan bimbang bila diberitahu, misalnya jurang tabungan (simpanan) antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera tambah luas.
Kita tentulah sedih dan bimbang pasal kerajaan selalu kata nisbah penabungan di negara kita antara tertinggi di dunia. Itu Kunta Kinte tak nafi. Menang betul ramai rakyat Malaysia menabung. Busuk-busuk pun bagi orang Islam dia menabung dengan Tabung Haji pasal nak tunai haji.
Tapi bila dia kata, bagi setiap RM1 yang Bumiputera simpan, bukan Bumiputera simpan dekat RM5, Kunta Kinte terkejut.
Kunta Kinte lagi terkejut bila dia bagi tahu, purata tabungan Bumiputera hanya RM536 dan lebih 90 peratus Bumiputera tak ada sebarang simpanan. Orang DPMM pernah bagi tahu Kunta Kinte, pendapatan lebih 80 peratus peniaga Melayu hanya sebanyak RM2,000 atau RM2,500 sebulan.
Kemudian penyelidik itu bagi tahu Kunta Kinte, kekayaan atau harta purata 20 peratus Bumiputera termiskin hanya RM2,300 manakala harta kekayaan 20 peratus Cina termiskin RM44,000.
Walaupun ramai Bumiputera yang lulusan universiti kerja dengan kerajaan, harta kekayaan mereka pada satu-satu masa hanya sama dengan harta kekayaan seorang pekerja Cina yang hanya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ini masuk akal. Bumiputera makan gaji dengan kerajaan, tapi majoriti lulusan SPM. Cina masuk berniaga atau jadi mekanik di bengkel milik Cina. Jadi tak hairanlah kalau harta kekayaan seorang Cina yang mempunyai kelulusan yang sama dengan seorang Bumiputera adalah jauh lebih tinggi. Kata penyelidik ini, perbezaan itu boleh sampai 40 peratus atau lebih.
Kalau betul angka-angka ini, Kunta Kinte kata memang teruk dan pihak berkuasa serta badan bukan kerajaan (NGO) Bumiputera kena kaji betul-betul dan ambil tindakan. Jangan tahu tapi tak buat apa-apa.
Tapi bila pengkaji itu bagi tahu Kunta Kinte, pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dia jumpa lebih utamakan bottom-line (untung-rugi) daripada bantu capai matlamat DEB, Kunta Kinte sikit pun tak hairan.
Inilah bahana bila keuntungan jadi tujuan utama GLC. Kesudahannya yang dapat pinjaman, kontrak dan jadi eksekutif atasan adalah orang atau pihak yang dapat bagi keuntungan paling besar kepada mereka.
Walhasil balik asal, itulah cerita ekonomi Bumiputera, peniaga Bumiputera dan GLC yang diuruskan oleh Bumiputera. Itulah pasalnya banyak usaha tingkatkan ekonomi Bumiputera tak berhasil. Jadi Kunta Kinte harap MEB akan cuba atasi jurang dan kekangan ini.